Tuesday, 11 October 2011

Tatabahasa-Kata Nama名词 (v )

Kata Ganti Nama Tak Tentu 不定代词
 =  Digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau perkara yang
     tidak khusus.
     用来代替不定的东西、人物、时间、地点或事件。

        apa-apa          : Digunakan untuk menggantikan benda dan perkara yang tidak
                                khusus
      任何东西        :代替不肯定的东西和事件

siapa-siapa/sesiapa : Digunakan untuk menggantikan manusia yang tidak khusus
       任何人           :代替不肯定的人物

      bila-bila           : Digunakan untuk menggantikan masa yang tidak khusus
    任何时候         :代替不肯定的时间

    mana-mana        : Digunakan untuk menggantikan tempat atau benda yang tidak
                               khusus
     任何一个        :代替不肯定的地方或东西

Tatabahasa-Kata Nama名词 (iv )

Kata Ganti Nama Tanya 疑问代词

 apa    : Digunakan untuk menanyakan nama benda, binatang atau perkara.
什么  :用来询问东西、动物或事件的名称。

siapa  : Digunakan untuk menanyakan nama manusia sahaja.
  谁   :用来询问人的名字。

mana :  Digunakan untuk menanyakan tempat.
哪里 : 用来询问地点。

Saturday, 8 October 2011

Latihan-Kata Nama (ii)

Pilih jawapan yang paling sesuai.

    1. "Silakan ________ bersantap," jemput dayang kepada baginda sultan.
          A.  tuan hamba     B. tuanku           C. baginda            D. patik
   
    2. "Sudahkah ________selesai melukis gambar ini?" tanya Cikgu Lee kepada
         murid-muridnya.
          A. kalian               B. dia                C. kita                  D. saya

    3. "________berjanji tidak akan mengulang kesalahan itu lagi," kata Hafifi dan
        Yazid.
         A. Saya                B. Kamu             C. Beliau              D. Kami


Jawapan:
1. B
2. A
3. D

Tatabahasa-Kata Nama名词 (iii )

Kata Ganti Nama Tunjuk 指示代词

Ini = menunjukkan sesuatu yang dekat
这 = 近指
Contoh ayat: Ini kasut saya.


Itu = menunjukkan sesuatu yang jauh
那 = 远指
Contoh ayat: Itu gunung yang tertinggi.

Wednesday, 5 October 2011

Jenis-jenis karangan

A. Karangan Berformat

1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan


B. Karangan Tidak Berformat

1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa